Rabu, 17 Julai 2013


Bahan-bahan

Ayam
1 ekor (anggaran 1kg) dipotong 12 keping
Koma-koma
6 urat
Minyak masak
125ml
Minyak sapi
4 sudu besar
Bawang besar
1 biji, dikupas dan dihiris-hiris
Bawang putih
5 ulas, dikupas dan dihiris-hiris
Halia
3cm, dikupas dan dihiris-hiris
Rempah kuzi serbuk
2 sudu besar
Sos tomato
250g
Susu manis
3 sudu besar
Susu sejat (evaporated)
125ml
Air
125ml
Garam secukup rasa

Badam
15 biji, digoreng
Kismis kuning
50g, digoreng
Dikisar halus-halus

Jintan putih/halus biji
1 sudu teh
Jintan manis/kasar biji
½ sudu teh
Lada hitam biji
¼ sudu teh
Bunga cengkih
4 kuntum
Buah pelaga
3 biji
Aril/selaput biji buah pala
1
Cara
Perap ayam dengan garam dan koma-koma seketika
Panaskan minyak masak dan goreng ayam sehingga masak. Angkat dan tuskan.
Panaskan minyak sapi di dalam kuali dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga layu. Tambah rempah kuzi, kacau dan tumis sehingga naik baunya.
Masukkan sos tomato, susu manis, susu sejat dan air. Kacau dan biar mendidih.
Masukkan ayam yang digoreng dan masak sehingga kuah pekat. Perasakan dengan garam secukupnya.
Masukkan badam dan kismi dan balik-balikkan.
Hidangkan bersama nasi briyani.